Wednesday 26 December 2012

Minggu ke -14

Assalamualaikum w.b.t semua..

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita masih dapat menghirup udara untuk terus hidap dan syukur juga kita sempat sampai ke minggu akhir kelas komputer dalam pendidikan. Pada minggu ini tugasan kami hanya lah memberi pembentangan tentang tajuk tugasan yang telah diberikan. Pembentangan itu harus mempunyai kaitan dengan ape yang telah di pelajari sepanjang kami berada di dalam kelas komputer dalam pendidikan ini seperti contoh slide harus mempunyai audio, video, animasi bergerak, dan cara pembentangan yang sempurna. Alhamdulillah saya dan Cherry (teammate) telah berjaya menyempurnakan tugasan itu. Saya berasa sedikit sedih kerana itu minggu terakhir dalam kelas KDP.

Di dalam slide kami, kami telah masukkan audio yang sedih dan video tentang  mobile leaning..
itu sahaja untuk tugasan kami..


tetapi saya akan terkejut dengan kejutan yang di beri oleh rakan kelas saya iaitu

ini kek buat Puan Hafizah








Credit to : Nursya Julia for the picture....

itu sahajalah untuk kelas komputer dalam pendidikan...

Yang mula pasti anda akhir nya
Yang hidup pasti mati dan
Yang bertemu pasti berpisah dan semoga ini bukan perpisahan yang terakhir....


=D

Minggu ke - 13

Assalamualaikum w.b.t kepada semua..

Sekarang telah masuk pembelajaran untuk minggu ke 13 dan ia semakin hampir dengan minggu-minggu akhir pembelajaran. Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang cara penggunaan MICROSOFT EXCEL dan OPENOFFICE untuk membuat MARKAH GRED PELAJAR dan BELANJAWAN BULANAN. Penggunaanya tidaklah begitu mudah dan tidak begitu susah mungkin disebabkan saya mempunyai sedikit pengetahuan tentang kedua-dua software tersebut. Cabaran bagi saya mungkin ketika membuat markah gred  pelajar kerana ia memerlukan formula yang betul dan ianya berkait-kait dengan data yang lain serta tidak boleh mengisinya secara manual tanpa menggunakan formula.

Maaf pada minggu ini saya tidak dapat memberi terlalu detail tentang cara penggunaannya kerana terlalu sibuk dengan urusan lain. Maklumlah sudah hampir dengan final exam akan tetapi anda boleh merujuk di blog sahabat saya yang mungkin dapat membantu anda

http://nursyajulia.blogspot.com/2012/12/refleksi-minggu-13.html

link di atas itu cara-cara menggunakan microsoft excel dan openoffice..

ini hasil penggunaan saya via mircosoft excel


ini nama pelajar dan markah serta gred yang diperolehi


ini gred purata dan gred markah


yang dekat anak panah tu aras gred

ini pulak hasil dari openoffice

anda perlu memilih spreadsheet  setelah anda buka openoffice


ini belanjawan saya secara kasarnya


itu sahaja yang saya dapat kongsi pada minggu ini dan nantikan entry saya pada minggu terakhir iaitu minggu ke -14...

sekian wasalam

Monday 17 December 2012

Minggu ke - 12

Assalamualaikum w.b.t kepada semua ....

Pada minggu ini terdapat banyak juga ilmu yang telah saya dapat. Ia berkaitan dengan cara bagaimana hendak menjadi pembentang yang bagus. Perkara ini di terangkan oleh dr Siti. Pelbagai video yang telah di tunjukkan oleh dr Siti Selain itu saya juga belajar cara menggunakan impress dan cara hendak membuat booklet menggunakan microsoft word. Bukan itu sahaja, saya juga di ajar cara untuk mendownload video dengan menggunakan link keepvid.com .

Ok sekarang kita berbali pada impress. Impress ini lebih kurang dengan microsoft presentation. Cara-cara hendak membuat presentation dengan menggunakan openoffice impress ini senang sahaja. Ini adalah cara-caranya.

1. download openoffice jika tiada di dalam komputer anda disini http://www.openoffice.org/download/.

click dekat arrow itu,dan nantikan hasilnya.

2. click openoffice



3. click pada presentation

anda boleh pilih apa yang anda mahu.terdapat pelbagai pilihan tugasan yang blh dilakukan.

4. 

 di arrow yang berwarna hitam anda boleh memilih jika ingin membuat empty presentation tetapi lebih mudah jika anda memilih slide yang daripada templete kerana anda cuma perlu memasukan maklumat tanpa perlu memikirkan cora slide anda 
5.
pada bintang hitam itu anda boleh memilih backgroud slide anda

6.

disini anda boleh memilih sama ada untuk meletakkan effect atau tidak pada slide anda
 7.

di bahagian ini anda boleh memilih sama ada ingin mengisi atau tidak pada ruang yang kosong
8.

tekan pada butang create
9.

ini hasilnya dan anda boleh memasukkan apa yang anda ingin bentangkan.


selain daripada menggunakan openoffice anda jugk boleh menggunakan microsoft presentation.selain itu anda juga boleh menggunakan presentation secara online dengan menggunakan google doc


1 login account anda


2. click new dan click pada presentation


3. pilih loyout dan mulakan mengisi maklumat.


itu sahaja dari saya harap-harap ia memberi manfaat pada saya dan kawan-kawan

sekian wasalam...

Sunday 2 December 2012

Minggu Ke - 11

Assalamualaikum semua...

bertemu lagi kita di minggu yang ke 11..

Pada minggu ni saya dan rakan-rakan mendapat tugasan berkaitan multimedia in education. Kami semua di arahkan untuk membuat 1 brochure dan booklet dengan menggunakan microsoft publisher dan microsoft word/openoffice writer. Puan Hazifah membimbing kami bagaimana hendak membuat tugasan tersebut. Isi yang terdapat dalam brochure dan booklet ialah berkaitan dengan tugasan kami yang awal iaitu e-learning dan mobile learning. Tugasan ini agak menarik kerana ia mengikut kretiviti sendiri.

ini antara contoh brochure dan booklet, yang saya punya bakal siap. =D



itu sahaja yang dapat saya kongsi pada minggu ini harap-harap ia memberi manfaat buat diri saya dan rakan-rakan.cara penggunaan atau pembuatan bakal saya terangkan kemuadian

sekian dari saya. assalamualaikum =D

Minggu Ke - 10

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah kita masih lagi bersama sehingga ke minggu ke 11. Pada minggu kami di kelas S1K4 agak sedih kerana Puan Hafizah tidak dapat hadir ke kelas mungkin di sebabkan perkara yang tidak dapat di elakkan tetapi walaubagaimana pun kami tetap di ajar oleh dr Fatimah tentang multimedia dalam pendidikan..

Dr menerangkan tentang 2D graphic editing software yang di bawahnya terdapat microsoft paint/paint brush, gimp(OSS), shape/smart art powerpoint dan online - google drawa (collaborative drawing) serta OpenOffice Draw  . Terdapat 2 jenis graphic 2D iaitu bitmap dan vector image. Kedua2 jenis ini mempunyai file format yang tersendiri seperti JPEG, GIFF dan PNG serta banyak lagi. Bitmap editor ialah Microsoft Paint dan Paint brush.

itu sahajalah yang dapat saya kongsi pada minggu ini.minggu depan kami bakal membuat assignment tentang multimedia. Harap semua berjalan dengan lancar insyaAllah. =D

sekian assalamualaikum 

i

Monday 26 November 2012

Minggu ke - 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....


Ok pada minggu ini saya akan berkongsi ilmu tentang ape yang telah saya pelajari di minggu ke 10 dalam kelas komputer dalam pendidikan. Pada minggu ini saya dan rakan-rakan yang lain telah di ajar tentang SPSS . SPSS ini ialah 1 perisian sumber terbuka yang memudahkan penggunanya untuk menganalisis data. Sebagai contoh, pada minggu-minggu yang lepas saya telah menjalankan 1 survey yang berkaitan tentang E-learning dan Mobile learning. Jadi kami menggunakan SPSS untuk menganalisis data kami kedalam bentuk graf dan lain-lain. SPSS banyak kegunaannya dari segi menganalisis dan memudahkan kerja seperti contoh markah peperiksaan pelajar, untuk menguruskan perbelajaan, dan boleh membuat jangkaan.

Ini ialah sumber dari wikipedia. Statistik SPSS adalah pakej perisian yang digunakan bagi analisis perangkaan. Ia kini secara rasmi dinamakan "IBM SPSS Statistik".Produk Companion dalam keluarga yang sama digunakan untuk mengarang ukur dan penempatan (IBM SPSS Data Collection), perlombongan data (IBM SPSS Pemodel), analisis teks, dan kerjasama dan penempatan (kelompok dan perkhidmatan pemarkahan automatik).

Saya akan cube untuk menerangkan serba sedikit tentang cara penggunaan SPSS yang telah saya pelajari.


1) Klik pada shortcut SPSS 

2) Keluar la macam ni





variable view - untuk masukkan data hasil kajian
name: soalan (secara ringkasan) type: jenis soalan width: panjang jawapan responden
 -masukkan data di 3 column tersebut-

data view - untuk melihat data yang telah dihasilkan di variable view
masukkan jawapan yang telah diberikan oleh responden di ruangan yang disediakan
3) Hasil kajian 


klik analyze ----> descriptive statistics ----> frequencies


4) Anda boleh memilih sebarang bentuk hasil kajian. Sebagai contoh, anda boleh memilih statistik, carta pai, carta bai, histogram dan sebagainya.

5) Contoh data saya yang telah di analisis. Sebagai permulaan, saya hanya megambil 5 orang responden dan kesemua data mereka telah di masukkan ke dalam SPSS.

Hasil kajian menggunakan frekuensi
Hasil kajian menggunakan carta bar


Hasil kajian menggunakan carta pai

itu sahaja la yang saya dapat kongsi untuk minggu ini...




Tuesday 20 November 2012

Minggu Ke - 8

Melati  kuntum tumbuh  malata,
Sayang  merbah  di  pohon  cemara,
Assalamualaikum  mulanya   kata,
Saya  sembah pembuka  bicara.

Pada hari ini, saya dan sahabat yang lain diberi tugasan untuk membentangkan tajuk tugasan kami dan keputusan survey yang telah di jalankan. Saya bersam Cherry yang merakam rakan sepasukan telah membentangkan tajuk mengenai E-learning dan Mobile learning . Maklumat yang berkaitan tajuk kami telah saya coretkan di blog saya pada minggu yang lalu. Alhamdulillah pembentangan kami berjaya dan rakan-rakan memberi respon yang baik dan memek wajah masing-masing2 menunjukkan seolah-olah mereka faham ape yang kami berdua bentangkan..


ok mengenai survey pula. Saya telah menghantar beberapa soalan kepada beberapa responden dan saya telah mendapat sebanyak 17 respon . Boleh dikatakan kesemua responden tahu tentang E-learning dan mobile learning. Selepas penbentang itu, Puan Hafizah meminta kami untuk membaca serba sedikit tentang spss supaya kami tidak begitu "blurr" semasa pembentang beliau.

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"



Thursday 1 November 2012

Minggu Ke 7 di kelas Computer in Education

Bejalan-jalan di tepi pantai,
memetik akan bunga sekuntum,
Assalamualaikum,,,, (credit to Abdullah Zaba)

Sedar tidak sedar dah masuk minggu ketujuh aku dalam kalas computer in education ini...Terlampau seronok sangat kelas ini sampai tidak terasa hari-hari yang berlalu.cepat benar masa yg berlalukan. Pada minggu ini tidak ada benda baru yang aku pelajari cuma pada minggu ini Puan Hafizah mengarahkan kami yang hadir untuk menyiapkan  tugasan-tugasan yang masih terbengkalai. Sepatutnya pada minggu ini ade pembentangan tentang tugasan yang diberikan tapi gara-gara sahabat yang pulang ke kampung halaman lebih awal maka perbentangan di tangguhkan ke minggu ke-9..Dalam bahasa mudah minggu ini ialah minggu tugasan bebas atau "buat kerja sendiri" hehe . Aktiviti aku pada minggu ini ialah menyiapkan perbantang tentang E-learning dan Mobile learning, menghantar survey kepada rakan utk mendapatkan respon di samping melayari laman muka buku dan twitter.  Cukup sampai di sini sahaja kisah aku di minggu ke-8 dalam kelas computer in education..


sekian.....

Tuesday 23 October 2012

Minggu ke-enam berlalu sudah

assalamualaikum pemula kisah,,


sebelum aku mengisahkan tentang apa yang aku pelajari di minggu ke-6,aku ign menceritakan tentang assignment aku bersama partner aku, cheryveen lee...alhamdulillah syukur pada yang esa kerana, assignment tentang e-learning dan mobile learning telah berjaya aku siap kan dalam tempah waktu yang tepat,aku buat tentang mobile learning manakala lee telah membuat e-learning...banyak juga aku telah tahu tentang mobile learning tp tentang e-learning aku masih mengkaji tentang nya...itu saja lah kot tentang assignment aku..



ok kita masuk cerita yang seterus nya,,minggu nie Pn Hafizah menerang kan tentang surveymonkey (SV). anda pasti x tahu tentang survey monkey kn??klu nak tahu lebih lanjut,anda cube lah buka link ini dan explore http://www.surveymonkey.com . SV nie lebh kpada mmbuat soalan.Survey Monkey merupakan satu perisian yang mana boleh memudahkan individu untuk membuat soal selidik dengan dapat menjimatkan masa, tenaga, wang dan sebagainya. Di samping itu, melalui penggunaan SurveyMonkey juga akan memudahkan pengguna untuk menganalisis data yang dikaji. 

cara-cara utk memulakan langkah ke alam surveymonkey kerana langkah seribu bermula dgn langkah yg pertama :

1 click link ini http://www.surveymonkey.com

2 click sign up free utk yg basic

3 isi butitran2 yg di perlukan dan click sign up

4 selepas itu click create survey dan anda blh menggunakannya utk membuat soalan

Selepas siap proses menulis title dan kategori.selepas itu click continue dan blh buat soalan akan tetapi 10 soalan pertama free dan 10 soalan setrs nyer perlu laa berbayar



ini cara utk memulakan google doc bagi tugasan utk membuat soalan..anda perlu laa ada email gmail utk mengakses ke google doc.Jika anda telah mempunyai email gmail sila ikut langkah2 ini

1. click  link ini https://drive.google.com/?pli=1#my-drive

2. click create dan pilih form dan akan keluar page ini


-pada untitled form tu utk tajuk soalan besar yg survey ini mengenai apa..
-pada sample question itu lahh soalan yg perlu di tya
-akhr skali click done.
-jika nak tambah soalan click pada add item dan pilih text..


google doc tiada limit untuk membuat soala..dan anda blh share pada kawan dgn click send survey dah copy link dan kongsi kn..saya lebih gemar menggunakan google doc even cara penggunaanya sedikt rumit berbanding surveymonkey.antara sebab lain kerana ianya percuma dan tiada limit serta sy telah biasa dgn perisian microsoft word....

harap rakan2 dpt mencuba surveymonkey dan google doc kerana ia amat menarik dan dapt membantu anda dlm menyelesaikan tugasan...

Igt lah langkah seribu bermula dgn langkah yg pertama...

sekian itu shaja...    


 yang menjalankan tugas,
                                                                                                           
Ahmad Za'im Bin Hood,
A141928,
Fakulti Pendidikan,

Pendidikan Khas,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tuesday 16 October 2012

mobile learning & e-learning di minggu ke lima


Mobile learning

Pengenalan

Istilah pembelajaran mudah alih (m-learning) merujuk kepada penggunaan alat-alat IT mudah alih dan pegang tangan, seperti Pembantu Peribadi Digital (PDA), telefon bimbit, komputer riba dan teknologi PC tablet, dalam pengajaran dan pembelajaran.
Seperti komputer dan internet menjadi penting alat pendidikan, teknologi menjadi lebih mudah alih, murah, berkesan dan mudah untuk digunakan. Ini menyediakan banyak peluang untuk meluaskan penyertaan dan akses kepada ICT, dan di internet khususnya. Peranti mudah alih seperti telefon dan PDA adalah lebih berpatutan daripada komputer desktop, dan oleh itu mewakili satu kaedah yang kurang mahal daripada mengakses internet (walaupun kos sambungan boleh menjadi lebih tinggi). Pengenalan PC tablet kini membolehkan akses internet mudah alih dengan sama, jika tidak lebih, fungsi daripada komputer desktop.

Apa itu mobile  learning?
Pembelajaran mudah alih boleh menjadi banyak perkara kepada kumpulan orang yang berbeza..Pembelajaran mudah alih adalah keupayaan untuk mendapatkan atau menyediakan kandungan pendidikan pada poket peranti peribadi seperti PDA, telefon pintar dan telefon bimbit.Kandungan pendidikan merujuk kepada aset pembelajaran digital yang merangkumi apa-apa bentuk kandungan atau media yang disediakan pada peranti peribadi. Sudah tentu, ini adalah penting dalam membolehkan pembelajaran mudah alih berkembang. Tetapi pembelajaran mudah alih adalah lebih daripada sekadar menggunakan peranti mudah alih untuk mengakses kandungan dan berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Mike Sharples pembelajaran mudah alih boleh ditakrifkan sebagai, "proses (kedua-dua peribadi dan awam) untuk mengetahui melalui penerokaan dan perbualan di seluruh konteks pelbagai kalangan rakyat dan teknologi interaktif. Berdasarkan maksud dari Wikipedia ,salah satu definisi pembelajaran mudah alih ialah  ,mana-mana jenis pembelajaran yang berlaku apabila pelajar tidak berada di lokasi yang tetap, yang telah ditetapkan, atau pembelajaran yang berlaku apabila pelajar mengambil kesempatan daripada peluang-peluang pembelajaran yang ditawarkan oleh teknologi mudah alih  .Dalam erti kata lain mudah alih.pembelajaran mengurangkan had lokasi pembelajaran dengan mobiliti peranti mudah alih yang umum. Menggunakan alat mudah alih untuk mewujudkan pembelajaran pembantu dan bahan-bahan menjadi satu bahagian penting dalam pembelajaran formal.M-pembelajaran adalah mudah kerana ia boleh diakses dari mana-mana sahaja. M-Pembelajaran juga membawa kemudahalihan kuat dengan menggantikan buku-buku dan nota dengan RAM yang kecil, penuh dengan kandungan pembelajaran disesuaikan. Di samping itu, ia adalah mudah untuk menggunakan pembelajaran mudah alih untuk pengalaman yang lebih berkesan dan menghiburkan.





Objektif mobile learning.               
Menggalakkan 'di mana-mana, bila-bila masa' pembelajaran
Peranti mudah alih membenarkan pelajar untuk mengumpul, mengakses, dan memproses maklumat di luar kelas. Mereka boleh menggalakkan pembelajaran dalam konteks dunia sebenar, dan membantu jambatan sekolah, selepas sekolah, dan persekitaran rumah.
Mencapai kanak-kanak kurang liputan
Kerana kos yang agak rendah dan akses mereka dalam komuniti berpendapatan rendah, peranti pegang tangan boleh membantu ekuiti awal digital, mencapai dan memberi inspirasi populasi 'di tepi' - kanak-kanak dari segi ekonomi komuniti dan orang-orang dari negara-negara membangun.
Meningkatkan interaksi sosial abad 21
Teknologi mudah alih mempunyai kuasa untuk menggalakkan dan memupuk kerjasama dan komunikasi, yang dianggap penting untuk kejayaan abad 21.
Fit dengan persekitaran pembelajaran
Peranti mudah alih boleh membantu mengatasi banyak cabaran yang dikaitkan dengan lebih besar teknologi, kerana mereka patut lebih semula jadi dalam pelbagai persekitaran pembelajaran.
Dayakan pengalaman pembelajaran peribadi
Tidak semua kanak-kanak adalah sama; arahan harus menyesuaikan diri kepada individu dan pelajar yang berbeza. Terdapat peluang yang besar untuk benar-benar menyokong dibezakan, pembelajaran autonomi, dan individu melalui peranti mudah alih.

Cabaran dalam mobile learning.
Aspek-aspek negatif pembelajaran mudah alih
Kognitif, sosial, dan cabaran fizikal mesti diatasi apabila mudah alih peranti dimasukkan ke dalam pembelajaran kanak-kanak. Kelemahan termasuk potensi untuk gangguan atau tingkah laku yang tidak beretika,kebimbangan kesihatan fizikal dan data privasi isu.

Norma budaya dan sikap
Walaupun ramai pakar percaya bahawa peranti mudah alih mempunyai potensi yang besar kepada terjelma pembelajaran kanak-kanak, ibu bapa dan guru-guru yang nampaknya tidak lagi yakin. Satu kajian 2008 yang dilakukan oleh Joan Ganz Cooney Pusat dengan kerjasama dengan Common Sense Media mendapati bahawa kebanyakan guru-guru melihat telefon bimbit sebagai gangguan dan merasakan bahawa mereka tidak mempunyai tempat di sekolah.

Tiada teori bimbit pembelajaran
Pada masa ini, tiada teori yang diterima secara meluas pembelajaran bagi teknologi mudah alih telah ditubuhkan, menghalang penilaian yang berkesan, pedagogi, dan reka bentuk baru permohonan untuk pembelajaran.
Akses dan teknologi
Kepelbagaian yang luas di kalangan teknologi mudah alih merupakan satu cabaran bagi guru dan pelajar yang ingin mempercepatkan pencapaian akademik serta pengeluar yang bertujuan untuk memudahkan pembelajaran sedemikian.

Mengehadkan ciri-ciri fizikal
Buruk direka teknologi mudah alih menjejaskan kebolehgunaan dan boleh mengganggu kanak-kanak dari matlamat pembelajaran. Aspek fizikal teknologi mudah alih yang boleh mencegah pengalaman pembelajaran yang optimum termasuk: kemasukan teks terhad, kecil saiz skrin, dan hayat bateri terhad.


Perbezaan e-pembelajaran daripada m-pembelajaran
E-pembelajaran telah datang untuk menentukan apa-apa penyebaran pengetahuan pendidikan sepanjang Internet. Ini menjadikan e-pembelajaran subset latihan berasaskan teknologi. ia juga menggabungkan beberapa aktiviti pembelajaran yang dijalankan di Internet, yang pembelajaran mudah alih merupakan salah satu bahagian.
E-pembelajaran boleh menjadi masa sebenar atau kendiri, juga dikenali sebagai "segerak" atau "tak segerak" pembelajaran. Selain itu, e-pembelajaran dianggap menjadi "terikat" (disambungkan kepada sesuatu) dan dibentangkan dalam cara yang formal dan berstruktur. Sebaliknya, pembelajaran mudah alih adalah sering kendiri, un-terikat dan tidak formal dalam laporannya persembahan.
m-pembelajaran
e-pembelajaran
·         pembelajaran kuliah di makmal kelas atau internet
·         di mana-mana, bila-bila masa

·         e-mel ke e-mel
·         mesej serta-merta
·         lokasi peribadi
·         tiada sempadan geografi
·         masa perjalanan untuk sampai ke laman internet
·         internet tiada masa perjalanan dengan internet tanpa wayar sambungan


Kerana peranti mudah alih mempunyai kuasa untuk menjadikan pembelajaran lebih-lebih meluas disediakan dan boleh diakses, peranti mudah alih dianggap oleh banyak untuk menjadi semula jadi lanjutan e-pembelajaran.


Mengapa menggunakan peranti mudah alih untuk pembelajaran?

Kebanyakan peranti mudah alih adalah berguna dalam pendidikan sebagai pentadbiran, organisasi dan alat bantu mengajar bagi pengamal-pengamal, dan juga sebagai alat pembelajaran sokongan untuk pelajar. Berikut adalah beberapa faedah utama:
·         Pelajar boleh berinteraksi dengan satu sama lain dan dengan pengamal bukan bersembunyi di sebalik monitor besar.
·         Ia adalah lebih mudah untuk menampung beberapa peranti mudah alih di dalam kelas beberapa daripada komputer desktop.
·         PDA atau tablet memegang nota dan e-buku adalah lebih ringan dan kurang besar daripada beg penuh fail, kertas dan buku teks, ataupun komputer riba.
·         Tulisan tangan dengan pen stylus adalah lebih intuitif daripada menggunakan papan kekunci dan tetikus.
·         Ia adalah mustahil untuk berkongsi tugasan dan bekerjasama; pelajar dan pengamal boleh e-mel, potong, salin dan tampal teks, lulus peranti seluruh kumpulan, atau 'rasuk'? kerja antara satu sama lain menggunakan fungsi inframerah PDA atau rangkaian tanpa wayar seperti Bluetooth.
·         Peranti mudah alih boleh digunakan di mana-mana, bila-bila masa, termasuk di rumah, di kereta, di hotel-hotel - ini adalah tidak ternilai untuk latihan berasaskan kerja.
·         Alat-alat ini melibatkan pelajar - orang muda yang mungkin telah hilang minat dalam pendidikan - seperti telefon bimbit, alat dan permainan peranti seperti Nintendo DS atau Playstation Portable.
·         Teknologi ini boleh menyumbang untuk memerangi jurang digital, sebagai peralatan ini (untuk PDA contoh) adalah umumnya lebih murah daripada komputer desktop.

Walau bagaimanapun, anda juga mungkin perlu untuk mempertimbangkan kelemahan potensi berikut:
·         Kecil skrin mudah alih dan PDA menghadkan jumlah dan jenis maklumat yang boleh dipaparkan.
·         Terdapat kapasiti penyimpanan yang terhad untuk telefon bimbit dan PDA.
·         Bateri perlu dikenakan bayaran secara berkala, dan data boleh hilang jika ini tidak dilakukan dengan betul.
·         Mereka boleh menjadi lebih kurang kukuh daripada desktop (walaupun PC tablet mula untuk menangani masalah ini).
·         Adalah sukar untuk menggunakan grafik bergerak, terutama dengan telefon bimbit, walaupun 3G dan 4G akhirnya akan membenarkan ini.
·         Ia merupakan pasaran yang bergerak pantas, terutama untuk telefon bimbit, jadi peranti boleh menjadi ketinggalan zaman dengan cepat.
·         Bandwidth boleh merosot dengan bilangan yang lebih besar pengguna apabila menggunakan rangkaian tanpa wayar.
 


E-LEARNING
Salam Sejahtera dan salam satu Malaysia..Mengenai tajuk tugasan kumpulan saya ini,kami akan cuba berkongsi pendapat setakat mana yang kami ada dan tentunya kami akan memberikan yang terbaik untuk kita kongsikan bersama-sama.Maklumat yang kami kongsikan semestinya masih kurang lengkap.Oleh itu,Saudara dan Saudari boleh sama-sama kongsikan maklumat yang anda ada,terima kasih.
E-Learning merupakan satu servis pembelajaran dalam talian internet.Kemudahan E-Learning dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran seperti subjek English,Science dan Math.E-Learning telah digunakan di Sekolah untuk membiarkan pelajar belajar dari rumah dan menyiapkan kerja rumah secara dalam talian internet.Terdapat pemilik website dalam pembelajaran tertentu dalam talian ini mengenakan bayaran kepada pihak pengguna.
E-Learning mempunyai beberapa kebaikkan semasa penggunaannya.Antaranya adalah,kemudahan e-learning dapat mengurangkan kos pengajian seperti kos perjalanan.Ia juga dapat mengurangkan kerja kita untuk mencari bahan-bahan rujukkan di pusat-pusat jualan buku ataupun perpustakaan.Sistem ini juga membantu pelajar untuk meningkatan kefahaman tentang sesuatu subjek yang dipelajari.
Selain itu,sistem pembelajaran seperti ini akan meningkatkan produktiviti kerana kemudahan ini tidak dipengaruhi oleh kedudukan fizikal lokasi dan masa.E-Learning ini juga sangat efektif kerana maklumat atau bahan dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Selain itu,melalui pembelajaran berteraskan E-Learning ini,kita tidak perlu sentiasa berada dalam kelas.Kombinasi multimedia dan struktur/reka bentuk maklumat yang menarik dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang baik.
Melalui E-Learning ini,kita boleh mejalankan pembelajaran kendiri.Kita akan dapat mengawal dan mencari maklumat dengan lebih terperinci.Selain itu,kita juga akan mendapat maklumat baru yang mungkin kita tidak dapat semasa sesi pembelajaran dalam kelas.
E-Learning juga menggalakkan kita membina pengetahuan.Selain mendapat maklumat tentang pekara yang kita cari,secara tidak langsung kita juga akan mendapat pengetahuan baru tentang teknologi internet/siber.Kemahiran yang kita ada tentang dunia siber ini boleh kita gunakan untuk mendidik generasi akan datang.E-Learning ini menggalakkan perkongsian maklumat.Contohnya,dalam sebuah komuniti pelajar,pelajar akan dapat berkongsi pendapat dan maklumat dalam sebuah laman dalam internet.

Sunday 7 October 2012

Mendapat Tugasan

entry ini untuk minggu yang ke 4...kali ini tidak ada apa sangat untuk di kongsi,cuma aku telah mendapat tugasan dari lecturer...tugasan yang baru aku terima tentang e-learning dan mobile learning.ape yang aku tahu tentang tugasan ini ia mengenai applikasi yang membantu dalam pembelajaran.Kali in Cik Nor Hafizah telah menerangkan cara untuk menyempurnakan tugasan kali ini. beliau juga telah menerangkan tentang ape itu e-learning dan mobile learning....ape itu e-learning....ok berdasarkan wikipedia , E-learning is the computer and network-enabled transfer of skills and knowledge..e-learning banyak di gunakan oleh institusi pengajian yang memudahkan urusan pengajian seperti contoh pemindahan assignment dari pensyarah kepada pelajar...tentang mobile learning saya masih kurang jelas tentangnya.saya harap saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna bersama pasangan tugasan saya,lee....apa yang dapat simpulkan minggu ini minggu pengenalan tentang tugasan....


sekian.....

Tuesday 2 October 2012


PERBEZAAN ANTARA LMS DAN CMS


Learning Managemeng System (LMS) adalah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan, dan penyampaian kursus pendidikan dalam talian atau program latihan.LMS ini sebenarnya satu sistem yang memudahkan pengurusan dalam pentadbiran.Ia membolehkan maklumat di hantar dengan pantas.
Kolej dan universiti juga menggunakan LMS untuk menyampaikan kursus-kursus dalam talian dan menambah kursus di kampus. Jabatan latihan korporat menggunakan LMS untuk memberikan latihan dalam talian, serta mengautomasikan penyimpanan rekod dan pendaftaran pekerja.
Kebanyakan LMS adalah berasaskan web untuk memudahkan akses ke kandungan pembelajaran dan pentadbiran.


Content Management System (CMS) adalah satu program komputer yang membolehkan penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan dari pusat antara muka. Fungsi utama Sistem Pengurusan Kandungan adalah untuk menyampaikan maklumat dalam laman web. Ciri-ciri CMS berbeza dari sistem kepada sistem. Sistem Mudah mempamerkan beberapa ciri, manakala siaran lain, sistem terutamanya perusahaan, menawarkan fungsi yang lebih kompleks dan berkuasa. Dalam CMS, kandungan boleh ditakrifkan sebagai dokumen, filem, teks, gambar, nombor telefon, data saintifik. CMSS digunakan untuk menyimpan, mengawal, menyemak, dan menerbitkan dokumentasi..

sekian ...

Wednesday 26 September 2012

Minggu ke 2 dalam kelas komputer dalam pendidikan

setelah minggu pertama berlalu pasti minggu ke-2 menyusul. pada pengajian di minggu pertama saya belajar tentang protokol dalam membuat dan menghantar email. pada minggu pertama aku hadir di awal waktu tapi pada minggu ke 2 aku nyaris-nyaris kelewatan haha tapi alhamdulillah aku cuma nyaris-nyaris.hahaha.oh aku sudah meleweh pula.maaf kan saya.


pada minggu ke-2 pembelajaran aku telah tahu cara menggunakan google document dan dropbox.ape yang aku paham tentang google doc,ia satu sistem yang sama seperti microsoft yang terdapat di dalamnya seperti word , presentation ,excel dan macam-macam lagi.kita beralih pula tentang dropbox,dropbox pula satu sistem yang membolehkan kita menyimpam data atau file.dalam erti kata yang mudah ia seperti pen drive. bagi aku ia seperti pen drive atas talian.itu sahaja rumusan untuk google document dan dropbox.

selain mempelajari tentang penggunaan google doc dan dropbox,aku juga mengetahui tentang learning management system (LMS) dan content management system (CMS).LMS is a software application for the administration, documentation, tracking, reporting and delivery of online education courses or training programs.CMS is a computer program that allows publishingediting and modifying content on a web site as well as maintenance from a central interface.tu sahaja untuk kali ini.

sekian wasalam. ...

Tuesday 25 September 2012

Refleksi Minggu Pertama Dalam Kelas Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum..

Minggu pertama kuliah untuk kursus Komputer Dalam Pendidikan, saya telah diberi taklimat tentang perjalanan kursus ini. Dr. Siti telah memberi pendedahan tentang bagaimana cara untuk berurusan dengan orang lain secara maya. Walaupun kita berurusan dengan seseorang melalui alam maya kita masih perlu mengekalkan adat kesopanan dan memperlihatkan diri kita sebagai seorang pelajar yang matang. Perkara yang paling utama ditekankan oleh Dr. Siti ialah mengenal email. Sebagai seorang pelajar universiti, kita perlu matang berurusan dalam setiap perkara. Sebagai contoh, email yang diguna untuk berurusan dengan pihak atasan perlu menggunakan email rasmi, iaitu email yang menggambarkan nama kita secara langsung. 

Pengajaran pada hari ini ialah pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 14 orang ahli. Saya telah mendapat kumpulan 4 di bawah penyeliaan Dr. Nor Hafizah Adnan. Setelah mail yahoo dan google dibuat, saya diberi penerangan bagaimana untuk memasuki yahoo groups untuk kursus ini. Yahoo groups sangat penting kerana pensyarah akan memaklumkan sebarang berita tentang kusus ini di dalam yahoo groups. 
Saya berharap melalui kursus ini, saya dapat memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang komputer.