Wednesday 26 December 2012

Minggu ke -14

Assalamualaikum w.b.t semua..

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita masih dapat menghirup udara untuk terus hidap dan syukur juga kita sempat sampai ke minggu akhir kelas komputer dalam pendidikan. Pada minggu ini tugasan kami hanya lah memberi pembentangan tentang tajuk tugasan yang telah diberikan. Pembentangan itu harus mempunyai kaitan dengan ape yang telah di pelajari sepanjang kami berada di dalam kelas komputer dalam pendidikan ini seperti contoh slide harus mempunyai audio, video, animasi bergerak, dan cara pembentangan yang sempurna. Alhamdulillah saya dan Cherry (teammate) telah berjaya menyempurnakan tugasan itu. Saya berasa sedikit sedih kerana itu minggu terakhir dalam kelas KDP.

Di dalam slide kami, kami telah masukkan audio yang sedih dan video tentang  mobile leaning..
itu sahaja untuk tugasan kami..


tetapi saya akan terkejut dengan kejutan yang di beri oleh rakan kelas saya iaitu

ini kek buat Puan Hafizah








Credit to : Nursya Julia for the picture....

itu sahajalah untuk kelas komputer dalam pendidikan...

Yang mula pasti anda akhir nya
Yang hidup pasti mati dan
Yang bertemu pasti berpisah dan semoga ini bukan perpisahan yang terakhir....


=D

Minggu ke - 13

Assalamualaikum w.b.t kepada semua..

Sekarang telah masuk pembelajaran untuk minggu ke 13 dan ia semakin hampir dengan minggu-minggu akhir pembelajaran. Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang cara penggunaan MICROSOFT EXCEL dan OPENOFFICE untuk membuat MARKAH GRED PELAJAR dan BELANJAWAN BULANAN. Penggunaanya tidaklah begitu mudah dan tidak begitu susah mungkin disebabkan saya mempunyai sedikit pengetahuan tentang kedua-dua software tersebut. Cabaran bagi saya mungkin ketika membuat markah gred  pelajar kerana ia memerlukan formula yang betul dan ianya berkait-kait dengan data yang lain serta tidak boleh mengisinya secara manual tanpa menggunakan formula.

Maaf pada minggu ini saya tidak dapat memberi terlalu detail tentang cara penggunaannya kerana terlalu sibuk dengan urusan lain. Maklumlah sudah hampir dengan final exam akan tetapi anda boleh merujuk di blog sahabat saya yang mungkin dapat membantu anda

http://nursyajulia.blogspot.com/2012/12/refleksi-minggu-13.html

link di atas itu cara-cara menggunakan microsoft excel dan openoffice..

ini hasil penggunaan saya via mircosoft excel


ini nama pelajar dan markah serta gred yang diperolehi


ini gred purata dan gred markah


yang dekat anak panah tu aras gred

ini pulak hasil dari openoffice

anda perlu memilih spreadsheet  setelah anda buka openoffice


ini belanjawan saya secara kasarnya


itu sahaja yang saya dapat kongsi pada minggu ini dan nantikan entry saya pada minggu terakhir iaitu minggu ke -14...

sekian wasalam

Monday 17 December 2012

Minggu ke - 12

Assalamualaikum w.b.t kepada semua ....

Pada minggu ini terdapat banyak juga ilmu yang telah saya dapat. Ia berkaitan dengan cara bagaimana hendak menjadi pembentang yang bagus. Perkara ini di terangkan oleh dr Siti. Pelbagai video yang telah di tunjukkan oleh dr Siti Selain itu saya juga belajar cara menggunakan impress dan cara hendak membuat booklet menggunakan microsoft word. Bukan itu sahaja, saya juga di ajar cara untuk mendownload video dengan menggunakan link keepvid.com .

Ok sekarang kita berbali pada impress. Impress ini lebih kurang dengan microsoft presentation. Cara-cara hendak membuat presentation dengan menggunakan openoffice impress ini senang sahaja. Ini adalah cara-caranya.

1. download openoffice jika tiada di dalam komputer anda disini http://www.openoffice.org/download/.

click dekat arrow itu,dan nantikan hasilnya.

2. click openoffice



3. click pada presentation

anda boleh pilih apa yang anda mahu.terdapat pelbagai pilihan tugasan yang blh dilakukan.

4. 

 di arrow yang berwarna hitam anda boleh memilih jika ingin membuat empty presentation tetapi lebih mudah jika anda memilih slide yang daripada templete kerana anda cuma perlu memasukan maklumat tanpa perlu memikirkan cora slide anda 
5.
pada bintang hitam itu anda boleh memilih backgroud slide anda

6.

disini anda boleh memilih sama ada untuk meletakkan effect atau tidak pada slide anda
 7.

di bahagian ini anda boleh memilih sama ada ingin mengisi atau tidak pada ruang yang kosong
8.

tekan pada butang create
9.

ini hasilnya dan anda boleh memasukkan apa yang anda ingin bentangkan.


selain daripada menggunakan openoffice anda jugk boleh menggunakan microsoft presentation.selain itu anda juga boleh menggunakan presentation secara online dengan menggunakan google doc


1 login account anda


2. click new dan click pada presentation


3. pilih loyout dan mulakan mengisi maklumat.


itu sahaja dari saya harap-harap ia memberi manfaat pada saya dan kawan-kawan

sekian wasalam...

Sunday 2 December 2012

Minggu Ke - 11

Assalamualaikum semua...

bertemu lagi kita di minggu yang ke 11..

Pada minggu ni saya dan rakan-rakan mendapat tugasan berkaitan multimedia in education. Kami semua di arahkan untuk membuat 1 brochure dan booklet dengan menggunakan microsoft publisher dan microsoft word/openoffice writer. Puan Hazifah membimbing kami bagaimana hendak membuat tugasan tersebut. Isi yang terdapat dalam brochure dan booklet ialah berkaitan dengan tugasan kami yang awal iaitu e-learning dan mobile learning. Tugasan ini agak menarik kerana ia mengikut kretiviti sendiri.

ini antara contoh brochure dan booklet, yang saya punya bakal siap. =D



itu sahaja yang dapat saya kongsi pada minggu ini harap-harap ia memberi manfaat buat diri saya dan rakan-rakan.cara penggunaan atau pembuatan bakal saya terangkan kemuadian

sekian dari saya. assalamualaikum =D

Minggu Ke - 10

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah kita masih lagi bersama sehingga ke minggu ke 11. Pada minggu kami di kelas S1K4 agak sedih kerana Puan Hafizah tidak dapat hadir ke kelas mungkin di sebabkan perkara yang tidak dapat di elakkan tetapi walaubagaimana pun kami tetap di ajar oleh dr Fatimah tentang multimedia dalam pendidikan..

Dr menerangkan tentang 2D graphic editing software yang di bawahnya terdapat microsoft paint/paint brush, gimp(OSS), shape/smart art powerpoint dan online - google drawa (collaborative drawing) serta OpenOffice Draw  . Terdapat 2 jenis graphic 2D iaitu bitmap dan vector image. Kedua2 jenis ini mempunyai file format yang tersendiri seperti JPEG, GIFF dan PNG serta banyak lagi. Bitmap editor ialah Microsoft Paint dan Paint brush.

itu sahajalah yang dapat saya kongsi pada minggu ini.minggu depan kami bakal membuat assignment tentang multimedia. Harap semua berjalan dengan lancar insyaAllah. =D

sekian assalamualaikum 

i

Monday 26 November 2012

Minggu ke - 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....


Ok pada minggu ini saya akan berkongsi ilmu tentang ape yang telah saya pelajari di minggu ke 10 dalam kelas komputer dalam pendidikan. Pada minggu ini saya dan rakan-rakan yang lain telah di ajar tentang SPSS . SPSS ini ialah 1 perisian sumber terbuka yang memudahkan penggunanya untuk menganalisis data. Sebagai contoh, pada minggu-minggu yang lepas saya telah menjalankan 1 survey yang berkaitan tentang E-learning dan Mobile learning. Jadi kami menggunakan SPSS untuk menganalisis data kami kedalam bentuk graf dan lain-lain. SPSS banyak kegunaannya dari segi menganalisis dan memudahkan kerja seperti contoh markah peperiksaan pelajar, untuk menguruskan perbelajaan, dan boleh membuat jangkaan.

Ini ialah sumber dari wikipedia. Statistik SPSS adalah pakej perisian yang digunakan bagi analisis perangkaan. Ia kini secara rasmi dinamakan "IBM SPSS Statistik".Produk Companion dalam keluarga yang sama digunakan untuk mengarang ukur dan penempatan (IBM SPSS Data Collection), perlombongan data (IBM SPSS Pemodel), analisis teks, dan kerjasama dan penempatan (kelompok dan perkhidmatan pemarkahan automatik).

Saya akan cube untuk menerangkan serba sedikit tentang cara penggunaan SPSS yang telah saya pelajari.


1) Klik pada shortcut SPSS 

2) Keluar la macam ni





variable view - untuk masukkan data hasil kajian
name: soalan (secara ringkasan) type: jenis soalan width: panjang jawapan responden
 -masukkan data di 3 column tersebut-

data view - untuk melihat data yang telah dihasilkan di variable view
masukkan jawapan yang telah diberikan oleh responden di ruangan yang disediakan
3) Hasil kajian 


klik analyze ----> descriptive statistics ----> frequencies


4) Anda boleh memilih sebarang bentuk hasil kajian. Sebagai contoh, anda boleh memilih statistik, carta pai, carta bai, histogram dan sebagainya.

5) Contoh data saya yang telah di analisis. Sebagai permulaan, saya hanya megambil 5 orang responden dan kesemua data mereka telah di masukkan ke dalam SPSS.

Hasil kajian menggunakan frekuensi
Hasil kajian menggunakan carta bar


Hasil kajian menggunakan carta pai

itu sahaja la yang saya dapat kongsi untuk minggu ini...




Tuesday 20 November 2012

Minggu Ke - 8

Melati  kuntum tumbuh  malata,
Sayang  merbah  di  pohon  cemara,
Assalamualaikum  mulanya   kata,
Saya  sembah pembuka  bicara.

Pada hari ini, saya dan sahabat yang lain diberi tugasan untuk membentangkan tajuk tugasan kami dan keputusan survey yang telah di jalankan. Saya bersam Cherry yang merakam rakan sepasukan telah membentangkan tajuk mengenai E-learning dan Mobile learning . Maklumat yang berkaitan tajuk kami telah saya coretkan di blog saya pada minggu yang lalu. Alhamdulillah pembentangan kami berjaya dan rakan-rakan memberi respon yang baik dan memek wajah masing-masing2 menunjukkan seolah-olah mereka faham ape yang kami berdua bentangkan..


ok mengenai survey pula. Saya telah menghantar beberapa soalan kepada beberapa responden dan saya telah mendapat sebanyak 17 respon . Boleh dikatakan kesemua responden tahu tentang E-learning dan mobile learning. Selepas penbentang itu, Puan Hafizah meminta kami untuk membaca serba sedikit tentang spss supaya kami tidak begitu "blurr" semasa pembentang beliau.

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"