Monday 26 November 2012

Minggu ke - 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....


Ok pada minggu ini saya akan berkongsi ilmu tentang ape yang telah saya pelajari di minggu ke 10 dalam kelas komputer dalam pendidikan. Pada minggu ini saya dan rakan-rakan yang lain telah di ajar tentang SPSS . SPSS ini ialah 1 perisian sumber terbuka yang memudahkan penggunanya untuk menganalisis data. Sebagai contoh, pada minggu-minggu yang lepas saya telah menjalankan 1 survey yang berkaitan tentang E-learning dan Mobile learning. Jadi kami menggunakan SPSS untuk menganalisis data kami kedalam bentuk graf dan lain-lain. SPSS banyak kegunaannya dari segi menganalisis dan memudahkan kerja seperti contoh markah peperiksaan pelajar, untuk menguruskan perbelajaan, dan boleh membuat jangkaan.

Ini ialah sumber dari wikipedia. Statistik SPSS adalah pakej perisian yang digunakan bagi analisis perangkaan. Ia kini secara rasmi dinamakan "IBM SPSS Statistik".Produk Companion dalam keluarga yang sama digunakan untuk mengarang ukur dan penempatan (IBM SPSS Data Collection), perlombongan data (IBM SPSS Pemodel), analisis teks, dan kerjasama dan penempatan (kelompok dan perkhidmatan pemarkahan automatik).

Saya akan cube untuk menerangkan serba sedikit tentang cara penggunaan SPSS yang telah saya pelajari.


1) Klik pada shortcut SPSS 

2) Keluar la macam ni





variable view - untuk masukkan data hasil kajian
name: soalan (secara ringkasan) type: jenis soalan width: panjang jawapan responden
 -masukkan data di 3 column tersebut-

data view - untuk melihat data yang telah dihasilkan di variable view
masukkan jawapan yang telah diberikan oleh responden di ruangan yang disediakan
3) Hasil kajian 


klik analyze ----> descriptive statistics ----> frequencies


4) Anda boleh memilih sebarang bentuk hasil kajian. Sebagai contoh, anda boleh memilih statistik, carta pai, carta bai, histogram dan sebagainya.

5) Contoh data saya yang telah di analisis. Sebagai permulaan, saya hanya megambil 5 orang responden dan kesemua data mereka telah di masukkan ke dalam SPSS.

Hasil kajian menggunakan frekuensi
Hasil kajian menggunakan carta bar


Hasil kajian menggunakan carta pai

itu sahaja la yang saya dapat kongsi untuk minggu ini...




Tuesday 20 November 2012

Minggu Ke - 8

Melati  kuntum tumbuh  malata,
Sayang  merbah  di  pohon  cemara,
Assalamualaikum  mulanya   kata,
Saya  sembah pembuka  bicara.

Pada hari ini, saya dan sahabat yang lain diberi tugasan untuk membentangkan tajuk tugasan kami dan keputusan survey yang telah di jalankan. Saya bersam Cherry yang merakam rakan sepasukan telah membentangkan tajuk mengenai E-learning dan Mobile learning . Maklumat yang berkaitan tajuk kami telah saya coretkan di blog saya pada minggu yang lalu. Alhamdulillah pembentangan kami berjaya dan rakan-rakan memberi respon yang baik dan memek wajah masing-masing2 menunjukkan seolah-olah mereka faham ape yang kami berdua bentangkan..


ok mengenai survey pula. Saya telah menghantar beberapa soalan kepada beberapa responden dan saya telah mendapat sebanyak 17 respon . Boleh dikatakan kesemua responden tahu tentang E-learning dan mobile learning. Selepas penbentang itu, Puan Hafizah meminta kami untuk membaca serba sedikit tentang spss supaya kami tidak begitu "blurr" semasa pembentang beliau.

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"



Thursday 1 November 2012

Minggu Ke 7 di kelas Computer in Education

Bejalan-jalan di tepi pantai,
memetik akan bunga sekuntum,
Assalamualaikum,,,, (credit to Abdullah Zaba)

Sedar tidak sedar dah masuk minggu ketujuh aku dalam kalas computer in education ini...Terlampau seronok sangat kelas ini sampai tidak terasa hari-hari yang berlalu.cepat benar masa yg berlalukan. Pada minggu ini tidak ada benda baru yang aku pelajari cuma pada minggu ini Puan Hafizah mengarahkan kami yang hadir untuk menyiapkan  tugasan-tugasan yang masih terbengkalai. Sepatutnya pada minggu ini ade pembentangan tentang tugasan yang diberikan tapi gara-gara sahabat yang pulang ke kampung halaman lebih awal maka perbentangan di tangguhkan ke minggu ke-9..Dalam bahasa mudah minggu ini ialah minggu tugasan bebas atau "buat kerja sendiri" hehe . Aktiviti aku pada minggu ini ialah menyiapkan perbantang tentang E-learning dan Mobile learning, menghantar survey kepada rakan utk mendapatkan respon di samping melayari laman muka buku dan twitter.  Cukup sampai di sini sahaja kisah aku di minggu ke-8 dalam kelas computer in education..


sekian.....