Melati kuntum tumbuh malata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Pada hari ini, saya dan sahabat yang lain diberi tugasan untuk membentangkan tajuk tugasan kami dan keputusan survey yang telah di jalankan. Saya bersam Cherry yang merakam rakan sepasukan telah membentangkan tajuk mengenai E-learning dan Mobile learning . Maklumat yang berkaitan tajuk kami telah saya coretkan di blog saya pada minggu yang lalu. Alhamdulillah pembentangan kami berjaya dan rakan-rakan memberi respon yang baik dan memek wajah masing-masing2 menunjukkan seolah-olah mereka faham ape yang kami berdua bentangkan..
ok mengenai survey pula. Saya telah menghantar beberapa soalan kepada beberapa responden dan saya telah mendapat sebanyak 17 respon . Boleh dikatakan kesemua responden tahu tentang E-learning dan mobile learning. Selepas penbentang itu, Puan Hafizah meminta kami untuk membaca serba sedikit tentang spss supaya kami tidak begitu "blurr" semasa pembentang beliau.
"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"
No comments:
Post a Comment