Wednesday, 26 September 2012

Minggu ke 2 dalam kelas komputer dalam pendidikan

setelah minggu pertama berlalu pasti minggu ke-2 menyusul. pada pengajian di minggu pertama saya belajar tentang protokol dalam membuat dan menghantar email. pada minggu pertama aku hadir di awal waktu tapi pada minggu ke 2 aku nyaris-nyaris kelewatan haha tapi alhamdulillah aku cuma nyaris-nyaris.hahaha.oh aku sudah meleweh pula.maaf kan saya.


pada minggu ke-2 pembelajaran aku telah tahu cara menggunakan google document dan dropbox.ape yang aku paham tentang google doc,ia satu sistem yang sama seperti microsoft yang terdapat di dalamnya seperti word , presentation ,excel dan macam-macam lagi.kita beralih pula tentang dropbox,dropbox pula satu sistem yang membolehkan kita menyimpam data atau file.dalam erti kata yang mudah ia seperti pen drive. bagi aku ia seperti pen drive atas talian.itu sahaja rumusan untuk google document dan dropbox.

selain mempelajari tentang penggunaan google doc dan dropbox,aku juga mengetahui tentang learning management system (LMS) dan content management system (CMS).LMS is a software application for the administration, documentation, tracking, reporting and delivery of online education courses or training programs.CMS is a computer program that allows publishingediting and modifying content on a web site as well as maintenance from a central interface.tu sahaja untuk kali ini.

sekian wasalam. ...

Tuesday, 25 September 2012

Refleksi Minggu Pertama Dalam Kelas Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum..

Minggu pertama kuliah untuk kursus Komputer Dalam Pendidikan, saya telah diberi taklimat tentang perjalanan kursus ini. Dr. Siti telah memberi pendedahan tentang bagaimana cara untuk berurusan dengan orang lain secara maya. Walaupun kita berurusan dengan seseorang melalui alam maya kita masih perlu mengekalkan adat kesopanan dan memperlihatkan diri kita sebagai seorang pelajar yang matang. Perkara yang paling utama ditekankan oleh Dr. Siti ialah mengenal email. Sebagai seorang pelajar universiti, kita perlu matang berurusan dalam setiap perkara. Sebagai contoh, email yang diguna untuk berurusan dengan pihak atasan perlu menggunakan email rasmi, iaitu email yang menggambarkan nama kita secara langsung. 

Pengajaran pada hari ini ialah pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 14 orang ahli. Saya telah mendapat kumpulan 4 di bawah penyeliaan Dr. Nor Hafizah Adnan. Setelah mail yahoo dan google dibuat, saya diberi penerangan bagaimana untuk memasuki yahoo groups untuk kursus ini. Yahoo groups sangat penting kerana pensyarah akan memaklumkan sebarang berita tentang kusus ini di dalam yahoo groups. 
Saya berharap melalui kursus ini, saya dapat memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang komputer.